Thursday, March 31, 2011

::selimut kasih sipipi merah::





antara jauh dan kejauhan
di situ ada kelopak-kelopak kasih
antara nampak dan tiada nampak
di situ ada jambangan penuh ingatan
antara ketawa..
di celah-celah girang orang lain
di situ ada sudut yang sepi
antara ada dan diam
di situ ada rindu yang mengintai
antara dingin dan beku hati oktober
di situ ada selimut dari sipipi merah
tetaplah selimut itu yang memberi tenang
tetaplah selimut itu yang memberi damai
tetaplah selimut kasih sipipi merah
yang tiada ragu
yang tiada pura


hati oktober berbalut si kain rawa
memandang sekeping gambar di pesisir pantai
menulis di-jalanan
petang hari
31 mac..

Sunday, March 27, 2011

::pahit itu ubat::

saya tahu..
saya melukakan..
saya paku hati awak..
saya sedar..
awak terlalu baik..
awak sahabat yg baik..
awak menyayangi saya..
saya akui..
kita terlalu rapat..
saya mahu..
ia retak..biar ia retak..
saya tidak mahu..
antara kita menjadi terlalu rapat..
saya tidak mahu..
maafkan saya..


Saturday, March 26, 2011

::hari selepas hujan::


aku ingin menjadi hari selepas hujan..
yg mengusir panas..
mengalir sejuk...
membawa tenang dan damai..
agar boleh ku ulang..
 masa-masa kecil nan indah..
akan ku putar..
dan membawanya ke masa dewasa ini..

hati oktober berbalut si kain rawa
berbekal kasih sepanjang ada
menulis di-jalan duku
petang hari selepas hujan
26 mac...

Wednesday, March 23, 2011

::pabila sal rindukan akak::

pabila sal rindukan akak..
orang kata sal tak redha...
pabila sal rindukan akak..
orang kata sal suka mengenang..
pabila sal rindukan akak..
orang kata sal mengada..
pabila sal rindukan akak..
orang kata sal puncanya semua ini..
pabila sal rindukan akak..
orang hanya tahu mengata itu dan ini..
pabila sal rindukan akak..
orang tak pernah tanya kenapa..
pabila sal rindukan akak..
orang tak pernah tanya mengapa..
pabila sal rindukan akak..
orang tak pernah tahu apa yg sal rasa..
pabila sal rindukan akak..
sal tewas dalam semuanya...
..rebah dalam suram dan buram..
pabila sal rindukan akak..
sal diam tanpa kata..
hanya doa pengubat segala rindu..

hati oktober berbalut si kain rawa
berteman doa-doa kudus menuju baqa
menulis di-jalanan
malam hari
23 mac...




::sal..sal..dan sal::

petang hari meniti senja..
saya menulis di-jalanan..
beban hati saya..kosong jiwa saya..
mungkin benar kata saudara ibrahim..
rezeki saya bukan di utara sini..
saya harus kembali ke pentas budaya..
meneruskan apa yg saya mulai bina..
di bumi kenyalang..
mungkin juga benar kata ibu saya..
teruslah di sini dan bersama kami..
temankan ibu dan ayah..
yg semakin memutih rambutnya..
ajarkan adik..
yg makin bijak meniti hidup sedekad..
kenapa saya...?
setiap kali memikirkan segalanya..
kelopak mata saya pasti berat..
entahlah..saya berdiam dan teruskan apa yg saya lakukan..
saya hanya seperti "pak tua"..
yg selalu mengalah kpd "cik buyung"..
itulah saya di utara sini..

hati oktober berbalut si kain rawa
serasa selimut dari sipipi merah
menulis di-jalanan
petang hari
23 mac...

Thursday, March 17, 2011

::duka nippon-koku::rentetan 3 dugaan dalam 1 hamburan


11.03.2011
tsunami
gempa
nuklear
turun membadai kepulauan Tokyo Raya
mata kita berat memandang
bahu mereka berat lagi memikul...

hati oktober berbalut si kain rawa
petang hari
17 mac 2011
jalan duku
  

Thursday, March 10, 2011

::begitulah cinta::

isi hati..perasaan..perilaku
seseorang yg mengerti n melalui
detik mencintai seseorang..
rasa yg hadir bukan disengajakan..
mungkin ini ujian
utk menilai rapuh atau tegar....
sebuah keimanan..

ada cinta yg tersimpan teguh demi sebuah rasa hormat n kasih sayang..
sebuah rasa yg tak perlu diluahkan krn takutkan sebuah kehilangan..
  1. Orang yg mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.Yg dia tahu di hati dan matanya..hanya kamu satu-satunya.
  2. Orang yg mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya..di hati n matanya kamu selalu yg tercantik walaupun mungkin kamu merasakan berat badan mu sudah bertambah.
  3. Orang yg mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa sahaja yg kamu lalui sepanjang hari..dia ingin tahu kegiatan kamu.
  4. Orang yg mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’'Selamat Hari Minggu’‘Selamat Malam’‘Take Care’dan sbgnya..walaupun kamu tidak membalas SMSnya..kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya..menyatakan dalam cara yg berbeza bukan “aku CINTA padamu”tapi berselindung disebalik ayat selain kata cinta itu.
  5. Jika kamu menyambut ulang tahun n kamu tidak mengundangnya ke majlis yg kamu adakan..dia tetap akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  6. Orang yg mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yg dia lalui bersama kamu..bahkan mungkin kejadian yg kamu sendiri sudah melupakannya..kerana saat itu ialah sesuatu yg berharga untuknya..Dan saat itu..matanya pasti berkaca..kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu..atau mungkin tak akan pernah terulang lagi..
  7. Orang yg mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yg kamu ucapkan..bahkan mungkin kata-kata yg kamu sendiri lupa kamu pernah mengungkapkannya..kerana dia menyematkan kata-kata mu dihatinya..berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya dan akhirnya kamu musnahkan?pasti kamu lupa..tetapi bukan orang yang mencintai kamu..
  8. Orang yg mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu..bahkan mungkin meminjam CD milik kamu..kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu..kesukaan kamu kesukaannya jgk..walaupun sukar meminati kesukaan kamu..tapi akhirnya dia berjaya..
  9. Disaat kamu mungkin sedang sakit..demam..selesema atau batuk-batuk..dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
    untuk bertanya keadaan kamu..kerana dia bimbangkan tentang kamu..peduli tentang kamu...
  10. Orang yg mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yg mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yg biasa..tetapi
    baginya barang itu sangat istimewa..
  11. Orang yg mencintai kamu akan terdiam sesaat..ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu..sehingga kamu menjadi bingung..Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya..(-_-)huhu..
  12. Orang yg mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih..
  13. Orang yg mencintai kamu sering melakukan hal-hal yg SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari..Atau
    mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS.. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu..
  14. Orang yg mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu n melakukan hal-hal yg membuatkan kamu pening kepala..Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf n tak akan melakukannya lagi..
  15. Kalau kamu melihat telefon nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOXnya..Dia masih menyimpan SMS-SMS
    dari kamu walaupun ianya kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yg lalu..Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas n segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya..
  16. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya..dia akan menyedarinya dan menghilang dari
    kehidupan kamu..walaupun hal itu membunuh hatinya...
  17. Orang yg begitu mencintaimu..tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan...walaupun hatinya meronta ingin mengetahui..kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya...saat kamu pinta dia berlalu..dia pergi tanpa menyalahkan kamu..kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta...
  18.  
..kau tidak tahu..
..sesiapa pun tak akan tahu..

Wednesday, March 9, 2011

::surat utk awak::

selama ni..saya tak pernah memberitahu apa2..
saya tak pernah menceritakan apa2..
saya tak pernah menggambarkan apa2..
bagi saya..awak n saya...
kita hanya kawan..
kalau awak rasa..
saya hanya akan menulis utk insan yg saya syg..
awak silap...sekalipun saya tidak pernah menulis apa2 tentang awak..
tidak bermakna awak tak penting..
kadang2..apa yg saya buat mungkin melukai awak..
saya sedar..sikap saya mengelirukan awak...
saya cuma nak awak tahu...
kita pernah melalui semua perkara yg org laen tak lalui..
kita pernah miliki apa yg org laen tidak pernah miliki..
bagaimana awak rasa saat saya hanyut di sg.song..
bagaimana awak rasa saat saya terjatuh ke dalam longkang besar..
bagaimana awak rasa saat mengelap luka saya..
sewaktu insiden saya di pukul itu..
bagaimana awak rasa saat saya memetik gitar di taman sahabat..
bagaimana awak rasa saat saya selalu ke meludam..
mencari buluh bersama apai..
bagaimana awak rasa saat kita menari dalam hujan di taman sahabat..
bagaimana awak rasa puisi-puisi kita selalu ke udara di CAT fm...
semua itu..n banyak lagi yg awak n saya miliki...
yang tak pernah saya kongsi bersama sesiapa...kecuali awak..
sekarang katakan pada saya...
apakah awak rasa awak tidak bermakna pada saya....




Monday, March 7, 2011

::sedekad berlalu..Happy Birthday Mustafa Kamil::

ini dia adik saya..
adik bongsu..

diwaktu ini baru pandai nak berjalan..

tapi..dah pandai posing ehehe

 sewaktu usianya 6 tahun..

dan inilah sekarang..sudah sepuluh tahun usianya..
sedekad berlalu...
semoga sedekad lebih yg mendatang..
segala rahmat n kejayaan sentiasa mengiringinya..
amin..
SELAMAT HARI LAHIR YG KE-10 MUSTAFA KAMIL

 never say never ;)




Sunday, March 6, 2011

::sederhana itu indah nan syahdu::

hidup sederhana..
itu bagi saya..
itulah kemampuan saya setakat hari ini..
saya tahu..ada yg kecil hati dgn penolakan saya..
bukan saya tidak mahu menerima pemberian itu..
saya cuma tak nak jadi seperti "nobita yg selalu harapkan doraemon''

dalam hidup ada pilihan..
seperti air itu..
air putih itu nampak kosong..berbanding jus oren itu..
ramai yg tertelan liur krn jus oren tu..hehehe
dan ia selalu menjadi pilihan..
tetapi air putih itulah sebaik-baik air yg kita perlukan...
Hidup sederhana akan memastikan kita tidak akan miskin selama-lamanya..
Bersederhanalah..dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..
salam penuh kasih sayang..

Saturday, March 5, 2011

::dalam gelap ada terang::

dalam gelap rupanya ada terang..
semalam ada sedikit cahaya bagai kelip-kelip..
berteman ibu..
kami mula berkongsi rasa..
rupanya dalam gelap..tersembunyi terang...
masih dapat hidup..masih bisa bernafas..
andai cahaya itu pergi...
pasti tiada lagi cerita seindah semalam...
mak..terima kasih...~

Friday, March 4, 2011

::biarkan pena terus menari::

pada lembar putih kosong aku tumpahkan sesuatu dari hati
dakwatnya terukir biru..
biar ada tenang..
biarkan pena ku menari riang..
agar aku mampu untuk tersenyum sendiri..
biarkan pena ku menari berdendang..
agar aku mampu mengukir senyum kepada semua..
biarkan pena ku menari girang..
agar ada sesuatu yg mampu aku jelaskan suatu hari nanti..
biarkan pena ku terus menari..
agar ada sebuah hadiah yg akan ku tinggalkan abadi..
 buat seisi hati yg aku sayangi....
biarkan pena terus menari..
dan semua akan pasti mengerti...

Thursday, March 3, 2011

::agi idup..agi ngelaban::

AGI IDUP..AGI NGELABAN
maksud pepatah iban yg 1 malaysia dah tau..
"berjuang selagi nafas masih ada"
dan hari ini..selagi ada waktu..
kita teruskanlah kehidupan ini..kehidupan hari ini...
bukan kelmarin...bukan masa lalu..bukan juga hari esok...
kiranya hari semalam kita sakit...
bersyukurlah krn hari ini kita masih bertahan hidup..
kiranya esok yg kita nantikan..
fikirkanlah akan hari ini yg masih belum sempurna...
dan kiranya ada yg hancur hati juga harapan di masa kelmarin..
selalulah beringat..
bahawa bukan kita seorang yg diberikan ujian utk merasai perasaan itu..
menyesal bererti kita tidak redha akan segala yg telah ditakdirkan...
salam penuh kasih sayang...

Tuesday, March 1, 2011

::bila airmata jatuh di dalam::


bila airmata jatuh di dalam
sejuta macam rasa ku pendam

bila airmata jatuh di dalam
kau tetap tak akan faham

bila ku coba renungkan apakah puncanya..
aku pun tak mengerti..
aku silap..terlalu mengharap..
alasanmu meracun hati..
janji tinggal janji..
rindu bertukar jemu..
kau yg berubah laku..aku yg menanggung pilu..
aku terima..dgn tangan terbuka..
duka lara pilu hiba sedih hampa sesal
tiada guna..
aku akur..tiada yg sempurna..
kau yg terlebih dahulu merancang..
aku coba sedaya upaya utk menghalang...
mungkin bagi mu ini semua satu permainan..
kau dengar dgn teliti ini yg terakhir kali aku berkata..
selepas ini..
jgn kau harap aku mengharapkan agar kau kembali semula disisi..
dan antara kita berdua tiada kewujudan..
tiada permulaan..
tiada airmata..yg pernah mengalir keluar dari mata
bila airmata jatuh di dalam..~