Thursday, November 17, 2011

::pada setiap hembusan nafas::


salam penuh kasih sayang
alhamdulillah
pada setiap hembusan nafas 
saya tidak pernah lupa
mereka-mereka yg telah hadir
mewarnai hidup saya
semakin cerah warna-warna ukhuwah yg terpamer
sesungguhnya
takdir telah tertulis setelah kita mengusahakan sebaik-baik tadbir

memori hati oktober
menulis di jalanan
malam hari
17 november 2011

Wednesday, November 9, 2011

::isi dan kuku::




we weren't sisters by birth
but we knew from the start
fate brought us together
to be sisters by heart..

aku isi..engkau kuku
kita bagai kulit dengan buku
aku percaya semuanya telah tertulis
dan kita meneruskan langkah berpandukan manual hidup
setiap apa yang aku lakukan saat ini
adalah cubaan untuk mengukir kasih sayang antara kita
walau tak semuanya berhasil
aku tetap gembira melihat kau bahagia
dan saat ini
aku amat merindui mu yang dulu...

dedicated to my beloved sister
mufidah idris
09 nov 2011
permatang pauh 
- memori hati oktober -

Wednesday, November 2, 2011

::sudah aku bilang::

kau tahu
aku ingin kau lihat itu
itu..hamparan lautan luas
itu..mentari senja di langit kirmizi
tapi bukan lautan yang aku ingin tunjukkan
bukan juga mentari senja ingin aku perlihatkan
tetapi aku ingin kau lihat damai
ya..damai
kau tahu
aku bukan seorang yang banyak bicara
biarpun dalam jiwa remuk lara
aku lebih banyak diam dan memendam
namun aku bukan pendendam
sudah aku bilang
kehendak manusia kita tak mampu halang
kerana hatinya tak mampu kita pegang
aku ingin benar kau tahu
hari ini mungkin kerana seseorang 
hati kita menjadi riang dan senang
tidak mustahil hari esok
kerananya jugalah hati kita menjadi walang
dan kerana itu
sudah aku bilang
carilah damai dalam sayang
walaupun diri jauh terbuang

-memori hati oktober-
02 nov 2011
permatang pauh