Tuesday, July 17, 2012

::setitis rasa::


biar bertahun sudah berlalu
biar semakin dimamah waktu
setitis rasa itu
masih menebal di ruang hati
berlegar disegenap nadi
ia seakan tidak mahu pergi

musalmah
dalam relung memori
utara dan kedinginan 
july 2012 

Monday, July 16, 2012

::sesuatu yg tertinggal::



aku kehilangan sesuatu
degupnya kurasa
bayangnya ku tak nampak
rupanya 
 sesuatu itu tertinggal
di kamar hatimu

musalmah
dalam renai hujan malam
utara dan kedinginan 
july 2012 

Thursday, July 12, 2012

::walau sakit harus bangkit::


assalamualaikum dan salam penuh kasih sayang :)

Malam ni sy tido lewat.haha tu pun nak bgtau..kan?
motif??hehe takdalah..sy dah lama tak menulis...kat sini. :)
so mlm ni sy nak tulis dan nak share cerita sikit..
sikit je tak banyak :)
Cerita sy mungkin boring..tp sy tetap nak cerita.
cerita tentang hidup kita yg penuh pancaroba.
cerita tentang dunia yg penuh duri ranjau.
bila ckp tentang pancaroba.
bila ckp tentang duri ranjau..
mesti semak kepala ni membayangkan.
apalagi kalau kita tersungkur jatuh.
memang.....sakit.
sy sendiri pernah tersungkur bila terbelit dgn pancaroba dunia.
jatuh tertiarap.nak bangkit tu mmg payah.
ambil masa bertahun-tahun.
tapi sy tak pernah putus asa.
biarpun sakitnya hanya Allah Ta'ala yg tahu.
Bila kita rebah dlm hidup..
itu ertinya langkah kita yg salah.
Allah tu maha Pengasih..
Kerana tak nak kita terus tersalah langkah..
DIA rebahkan kita...
agar kita kembali sujud menghadapnya..
menadah tangan memohon petunjuk jalan kebaikan..
Biar apa juga ujian yg singgah bertandang
dlm hidup kita..
kita kena selalu ingat..
kita ada DIA..
DIA akan sentiasa mendengar segala rintihan kita..
DIA yg tak pernah jauh dari kita...
yg penting kita.
kita jgn pernah berputus asa.
jgn pernah berputus harap.

-----'<@

hati oktober berteman selimut kasih sipipimerah
selimut kasih yg masih kukuh terpahat di hati


july 2012 


Wednesday, July 11, 2012

::tiada tajuk::


tiada tajuk
kerana jiwa terjeruk
tidak tahu
apa yg dimahu
..sepi..
aku lihat luka itu berparut
dalam pekat malam yg melarut
..pedih..
itu apa yg aku rasa
saat parut kembali terluka
..sendu..
mata dipejam bersama rindu

hati oktober and the blue sky
jalan duku
bagan serai
perak
3:40 am

Monday, July 2, 2012

::luluh dan luruh::



salam.
sibuk dgn hidup dan kehidupan
sedar tak sedar ramadhan bakal tiba
ramadhan yg ke 28 dlm hidup saya insyaAllah.
semoga dpt bertemu ramadhan yg ke 28 ini.
sedar tak sedar jugak
ramadhan ini masuk ramadhan yg ke 7 tanpa dia.
dia yg telah pergi.
kepergian yg telah DIA takdirkan buat dia.
dia pulang kepada DIA.
kepulangan yg abadi buat insan di dunia.
rindu terlalu sarat.
rindu pada yg telah pergi
membuat hati luluh dan luruh.
teringat pertanyaan seorang teman
bertanyakan bagaimana perasaan bila kehilangan
org tersayang dgn sebab kematian...
sy hanya tersenyum payau.
dan berkata..
"hanya org yg melaluinya sahaja tahu bagaimana rasanya."
mereka yg pergi tinggalkan kita
bukan sbb mereka tak syg..
malah mungkin mereka lebih sygkan kita..
tapi syg ALLAH pada mereka lebih lagi..
itu pesan ibunda sy.
hidup pasangannya mati.
doa adalah jambatan antara keduanya.
biar luluh 
biar luruh
hati jiwa dan rasa
kematian adalah takdir yg telah tertulis
buat kita insan di dunia.


"and we have to live on.hilang seseorang dalam hidup
bukan alasan utk kita pun stop living.live a happy life.
for them."


-gitar  dipetik..melodinya sarat dgn kerinduan.-
hati oktober dan kenangan
july 2012