Saturday, October 22, 2011

::dan aku menulis..dari sudut terlepas pandang::

assalamualaikum
salam penuh kasih sayang buat semua
terima kasih kepada yg selalu singgah berziarah di sini :)
hari ini hujan..
kesinambungan hujan sejak berhari-hari yg lalu
tapi Alhamdulillah
hujan ini memberi rasa tenang dan damai :)
sejak kebelakangan ini
saya rasa banyak hal yg terjadi sepatutnya tidak terjadi
akan tetapi semuanya telah berlaku mengikut kehendak takdir
perjalanan hidup setiap hari memberi kita banyak pelajaran
samaada kita sedar atau tidak..
kadang-kadang sesuatu masalah yg berlaku itu berpunca dari diri kita
mungkin saya dan anda kadang-kadang terlepas pandang akan hal itu..
kerana sifat manusia ini kebisaannya
akan melihat kesalahan orang terlebih dahulu dari kesalahan sendiri.
itu lumrah dalam kehidupan.
dan saya rasa mungkin kerana sifat pendiam saya selalu menimbulkan 
resah dalam hati orang lain..
saya tidak pandai memujuk.
sungguh!saya bukan seorang pemujuk yg baik..
itu antara situasi yg saya alami sekarang.
dan lagi..sejak akhir-akhir ini
saya rasa saya semakin jauh dari seseorang.
semakin lama putaran kehidupan ini membawa dia terus jauh dari saya.
saya tidak tahu kenapa dan mengapa.
sekiranya ada kesilapan dan kesalahan saya yg saya tidak sedar
saya minta maaf.
mungkin benar kata orang..
setiap insan yg hadir dalam hidup kita punya sebab tersendiri
dan pabila dia pergi dari hidup kita juga dgn sebab tersendiri.
namun sekuntum mawar tunggal ini belum pun dapat aku serahkan kpd
dia sipipi merah ---'<@

mawar dari utara
hati dari sydney

-memori hati oktober-

Saturday, October 15, 2011

::aku masih miliki kesabaran::


syukur
aku masih miliki kesabaran
kerana kesabaran itu
hati kau tidak aku hancurkan
dgn tajamnya kata-kata
seperti mana
telah luluh seluruh hati aku
dgn bisanya kata-kata
yg kau tuturkan padaku
namun
kata-kata itu
tidak aku pahat dihati
telah aku biarkan
kata-kata itu
seperti tulisan di pasir pantai
biar hapus ditelan ombak..
memori hati oktober
151011
jalan duku



Friday, October 7, 2011

selamat hari lahir duhai ibuku :)


hari ini hari ulang tahun kelahiran mak
syukur Ya Rabb
mak..
daku menumpang disegenap ruang..
 yg ada dilubuk kasih mu
begitu indah setiap detik di dalam rahim mu
sehingga kini daku masih ingin selalu dipangkuanmu
masih selalu ingin mendakap mu
masih ku mahu hangatnya kucupan mu
mak..
semoga bahagia selalu mengiringimu
semoga senyuman selalu terukir di raut wajah mu
dan semoga syurga akan menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kaki mu
amin~

memori hati oktober
071011
permatang pauh