Monday, April 25, 2011

::manusia memang begitu::


apa yg ada jarang disyukuri
apa yg tiada itulah yg dikejari
bila memiliki tidak belajar menghargai
bila kehilangan mula menyesali

Tuesday, April 19, 2011

::di sudut kamar hatiku::

sejak kebelakangan ini..
saya dilanda kekeliruan yg teramat..
sayang..saya tidak tahu apa puncanya..
mungkin saya terlalu banyak berfikir..
banyak bermain dgn minda bawah sedar..
apa yg saya gusarkan..
kekeliruan saya ini menjerat diri saya..
dan saya seolah..
membuat org laen turut keliru..
saya tak bermaksud apa2..
mungkin saya cuma terlalu rindu..
benarlah kata org..
rindu itu sgt menyakitkan..
apalagi bila..
org yg kita rindu itu telah jauh..
jauh pergi meninggalkan kita..
jauh menuju perjalanan yg abadi..
jauh tanpa boleh berpatah kembali..
mungkin juga saya diuji..
dgn seseorang..
yg punya wajah sama seiras..
dihadirkan n dipertemukan..
setelah saya kehilangan..
entahlah..
saya seperti kehilangan rasa..
saya bukan terlalu mengenang
org yg dah tiada..
saya masih kuat iman..
masih berpegang teguh kpd rukun iman..
percaya kpd Qada' n Qadar..
cuma kerinduan..
kerinduan yg tak mampu saya lafazkan..

hati oktober berbalut si kain rawa
bersama memori dan kenyataan
lepaskan suria pautkan si pipi merah
menulis di-jalanan
petang hari
19 april...


Monday, April 4, 2011

::sepucuk surat dari sal::


tidak semua yg kita inginkan menjadi milik kita..
kdg2 dlm hidup kita mmg banyak kebetulan..
dan kdg2 kita kena lepaskan sesuatu yg amat kita syg..
sebenarnya bukan kita seorg diuji dgn dugaan hidup..
ada ramai lagi di luar sana..
dan kita hanya sebahagian dari mereka..
mungkin saya juga sebahagian dari mereka..
apabila kita mengenali seseorg..
hanya kita yg mengetahui apa yg kita rasai..
hanya kita yg mengetahui keistimewaanya..
hanya kita yg mengetahui betapa bermaknanya dia..
hanya kita yg mengetahui apa impian kita bersamanya..
tidak perlu kita beritahu..
dan tidak perlu kita tanya..
 samaada dia juga sygkan kita atau tidak..
tidak perlu kita mengharap perhatian darinya..
 spt mana kita memberi..setulus perhatian terhadapnya..
kita hanya perlu memberi..dan terus memberi..
tidak perlu mengharap..agar dia menjaga hati kita..
spt mana kita menjaga hatinya..
kita hanya perlu jaga..dan terus menjaga..
biarkan dia bebas dgn apa yg dia mahu..
kerana mungkin dalam hidupnya..
bukan kita seorg yg hadir..
bukan kita seorg yg dia kenali..
bukan kita seorg yg mampu buat dia gembira..
jadi..tidak perlu mengharap apa2..
andai kita benar2 menyayangi seseorg setulus hati...
gembiralah dgn hidupnya tanpa kita..
memandang dari jauh mungkin lebih baik..
dari dekat tanpa kata...
dan biarkan dia menjauh..tetapi jgn kita menjauh..
tetaplah meletakkan dia sebahagian dr hati kita..
sampai bila-bila~


hati oktober berbalut si kain rawa
bersama sebuah manuskrip utk seseorg
menulis di-jendela
petang hari
4 april...

Sunday, April 3, 2011

::masa lalu itu sesuatu yang paling jauh::

salam berhujung minggu
salam penuh kasih dan sayang
semua kita mempunyai masa lalu
semua kita mempunyai kenangan terindah dalam hidup
namun itu adalah sebahagian dari cerita-cerita kehidupan
yang telah lalu semakin jauh untuk kita kejarkan
biarkanlah indahnya kenangan itu mekar dalam hati
hiduplah untuk hari ini
kerana masa lalu itu sesuatu yang paling jauh...





hati oktober berbalut si kain rawa
mengenang dan dikenang
menulis di-jalanan
petang hari
3 april..