Thursday, December 30, 2010

::bila dia..semuanya tidak boleh::

sukar untuk memahami..
kerana seorang yg pendiam sebenarnya
dia memendam..tapi tidak pernah mendendam..
sebenarnya dia terasing..
LUKA
permintaan dia sedari kecil hingga dewasa
sukar untuk dipenuhi
mengapakah agaknya...

suatu ketika..
HATINYA PECAH HANCUR
jauh membawa diri..
kini pabila dia kembali..
keadaan masih sama..
semua tentang dia..
 tidak pernah indah dimata mereka..

disaat ini..
dia terlalu ingin
memeluk dan meluahkan
segalanya kepada....??
dia sendiri tidak tahu kepada siapa..
kerana tiada sesiapa yang ingin mendengar.....


::sebuah peristiwa cinta::

termeterai ikatan atas nama JANJI
namun bila janji itu mulai goyah
langkah mula merubah hala
apabila satu hati
menjadi berhati-hati

apabila dimulai dengan nama persahabatan
sebenarnya itulah yang telah tertulis
janji untuk bersama atas nama
SAHABAT
 
biarkan kata dan kata dan kata
mereka yang menilai persahabatan kita..
 umpama pepasir di pantai..
yang sering kita lihat bersama..
kerana mereka tidak mengetahui..
 biarpun janji kasih kita disaksikan mereka
tetapi janji seorang sahabat lebih dahulu kita meterai..

 
dan warna kirmizi itu tetap sama
walaupun pencintanya tidak lagi bersama
namun satu yang terindah
kirmizi pernah menjadi simbolik kepada
~SEBUAH PERISTIWA CINTA~



Wednesday, December 29, 2010

::majalah solusi::





salam penuh kasih sayang buat semua..
hari ini ada masa sikit nak kongsi dengan anda
antara bahan bacaan yg amat bermanfaat..
inilah majalah solusi yg padat dengan
ilmu dan juga berupaya membantu kita mengenal diri
dan sedar diri..agar kita menjadi manusia yang tidak mudah alpa dan leka dalam mengejar indahnya fatamorgana..

Wednesday, December 22, 2010

::luka dan airmata seorang lelaki::

tumpahnya airmata seorang lelaki kerana
luka hatinya terhadap anak-anak
duhai anak..ingatlah..
airmata seorang lelaki bernama ayah
juga membolehkan kita bergelar
ANAK DERHAKA!
ada ketika anak2 bagai terlupa
pengorbanan seorang ayah
kerana leka mengenang
jasa ibu..

::luka hati seorang lelaki::
''dia tidak minta banyak..
hanya dengan bertanyakan khabar
sudah cukup melapangkan hati seorang ayah..
sudah terasa bagai dia dihargai"

Wednesday, December 15, 2010

HARI ASSYURA

SALAM UKHUWAH buat anda yang terlewati blog ini...
esok 10 muharam 1432h..esok juga merupakan hari yang amat istimewa kepada seluruh umat islam..kerana esok merupakan hari assyura.. :)
okay..kat sini ada saya selitkan info tentang kebaikan n keistimewaan 10 muharam..
mudah mudahan kita sama2 beroleh keberkatannya... :)


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)



  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin.Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah.Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Saturday, December 11, 2010

Pemergianmu - Inteam


salam ukhuwah...saya sambut anda dengan senyuman indah.. (^_^) hehe..
hari ini tak ada apa la nak tulis sebenarnya..sebab saya tak ada idea..haha
tak la..demam sikit..maklumlah cuaca sekarang tak menentu...
hari ni saya nak kongsi lagi..kongsi apa??hehe lagu di atas tu...
ha...saya suka lagu ni..kenapa?sebab lagu ini untuk kita mengenang RASULULLAH saw..
yang amat mencintai kita.....mencintai kita sehingga nafas terakhirnya.....
menyebut nama kita diakhir kalam hidupnya.......
nampak..betapa besar cintanya RASULULLAH saw terhadap kita...
saat ini....rindukah kita terhadap KEKASIH ALLAH yg satu ini...??
adakah rindu kita terhadap KEKASIH yg satu ini...
membatasi rindu kita terhadap kekasih hati..kawan2..suami atau isteri kita apabila berjauhan?
hmm...jawapan itu ada pada diri kita masing2....
saya juga selalu disapa kerinduan...sebagai manusia biasa kadang2 kita terleka...
membiarkan rindu itu membuaikan diri dan akhirnya hati menjadi tidak tenang...
jadi....sentiasalah membiarkan ruang hati kita menempatkan rindu kepada KEKASIH yg satu...
~salam penuh kasih sayang~ :)

Friday, December 10, 2010

Ahlan Bina (Menanti Di Barzakh)



salam..buat sesiapa yg terlewati blog ni..hehe
saya sambut dengan senyuman (^_^)
salam mesra buat anda...
saya suka dengar lagu ini..setiap hari...mesti dengar...
kerana di sebalik lagu ini...saya mula mengenal n menghargai erti hidup..
menghargai insan2 disekeliling...saling menyayangi..menghormati...
dan yang paling utama kita harus saling mendoakan...
hari ini kita berkongsi cerita...mana tahu esok bukan lagi milik kita...
walauapapun..ini permulaan saya belajar menulis di blog...
~saya budak baru belajar..kalau salah ajarkanlah~hehe :)

::bulan dan bintang..terima kasih::


terima kasih buat bulan dan bintang...
yang mengajar saya untuk blogging.. (^_^)