dulu..waktu lama dulu
semasa aku masih kecil
bila hari selepas hujan
pasti selalu ku lihat pelangi
kini..waktu yg sekarang ini
setelah dewasa
bila saja hari selepas hujan
jarang sungguh ada pelangi yg muncul
mungkinkah waktu kecil dulu
penuh dengan bahagia
penuh dengan gelak tawa
tanpa pernah tahu erti luka derita..
ya..mungkin juga
bila dewasa kini..
segalanya berubah..
kadang-kala..
hari selepas hujan terus menjadi ribut..
hari selepas hujan terus menjadi ribut..
menghapus jejak pelangi..
tapi semua itu milik Maha Pencipta..
jika sudah dari kecil..
ada pelangi di hari selepas hujan..
ada pelangi di hari selepas hujan..
pastinya dewasa ini juga akan terus ada
walau agak payah untuk kelihatan...
aku selalu ingin seperti pelangi
melihat saja sudah mampu memberi senyum
hari selepas hujan ft pelangi
judul ini aku dapat ilham dari mimpi subuh tadi (hehehe)
kehidupan semakin mencabar utk aku teruskan
namun aku tahu setelah dihilangkan panas
diberikan hujan..akan ada pelangi yg muncul...
memori hati oktober
29 june 2011
12.36 pm
menulis di-jalan duku
-hak cipta terpelihara-