Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal&Selamat Datang


Selamat tinggal yang buruk
Selamat datang yang baik
Selamat tinggal hantu kenangan
Selamat datang pari-pari impian
Selamat tinggal sakit yang perit
Selamat datang gembira yang bahagia
Selamat tinggal airmata duka
Selamat datang airmata suka
Selamat tinggal engkau
Selamat datang dia
Selamat tinggal 2012
Selamat datang 2013

musalmah
jalan duku
malam terakhir 2012

Thursday, December 27, 2012

Simpankan Semalam


Kata orang tak baik terlalu pandang hari semalam
Kata aku..aku tak sekadar memandang
Aku simpan buat bekalan masa mendatang

musalmah
Jalan Duku
Bawah cahaya lampu jalan

Tuesday, November 13, 2012

pulangkan..





PULANGKAN
CINTA PADA IBUNDA
PULANGKAN
KASIH PADA AYAHANDA
PULANGKAN
SAYANG PADA SAUDARA
PULANGKAN SEMULA SEBUAH KELUARGA

musalmah
13 november 2012
jalan duku

Sunday, October 28, 2012

Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu




ASSALAMUALAIKUM
Salam Penuh kasih sayang buat semua..
Lama jugak sy tak menulis kat sini kan?
Sekarang dah ada masa dan sikit idea nak menulis..
so sy tulislah..hehehe
Anda tahu tak gambar apa yg kat atas tu??
ha..itulah gunung kinabalu..
Tiba masanya sekarang sy mengejar impian sy yg lebih tinggi dari puncak kinabalu ni..
Tinggi-tinggi gunung kinabalu..Tinggi lagi impian aku..hehe
Jika sebelum ni..sy selalu memikirkan tentang perasaan org lain..
tp mulai saat ini..sy tidak lagi memikirkan tentang apa yg org rasa..
sebab sy dah letih..kalau letih mendaki gunung kinabalu ni..
letih lagi hati sy..
Pernah seorang kawan marahkan sy krn sy selalu biarkan org 
pijak kepala sy..itu bahasa yg agak kasar bunyinya..
tp itulah permainan dunia..
Orang yg lemah selalu jadi mangsa keadaan..
Tp merekalah golongan orang-orang yg beruntung..
Kerana apa?Kerana sesungguhnya doa org yg teraniaya itu makbul..
Itu janji Allah..
Sekarang sy semakin pasti impian sy akan terlaksana sedikit masa lagi..
Doakan ya.. Amin.. :)
Sampai berjumpa lagi nanti di entri yg akan datang..
Wassalam..


Monday, October 22, 2012

::surat utk sipipi merah::



Saat ini..waktu seperti mengasingkan kita..benarlah waktu bisa merubah segalanya..akan tetapi..benarkah waktu yg merubah segalanya..?atau kita yg merubah segala galanya...entahlah..aku tidak mahu banyak bicara..krn waktu yg berlalu makin jauh untuk dikejar..aku masih tersenyum disaat mengingati mu..walau hati sedikit terhiris dengan semua ini...

salam penuh kasih sayang untukmu
semoga dirahmati dan berbahagia selalu







Friday, August 31, 2012

biarkan ini yg terakhir..


jika takdir dunia telah tertulis
ku temui cinta di sini
biarkan ini yg terakhir
jika takdir dunia telah tertulis
kita bersatu
biarkan ini yg terakhir
dan jika takdir dunia telah tertulis
cinta tak hadir bersama jodoh
biarkan ini yg terakhir..

musalmah
jalan duku
malam merdeka 2012 


Tuesday, August 14, 2012

sampai Tuhan berkata.. "waktunya pulang"


JATUH
berdiri lagi..
KALAH
mencuba lagi..
GAGAL
bangkit lagi..

sampai Tuhan berkata
waktunya pulang...




Tuesday, July 17, 2012

::setitis rasa::


biar bertahun sudah berlalu
biar semakin dimamah waktu
setitis rasa itu
masih menebal di ruang hati
berlegar disegenap nadi
ia seakan tidak mahu pergi

musalmah
dalam relung memori
utara dan kedinginan 
july 2012 

Monday, July 16, 2012

::sesuatu yg tertinggal::



aku kehilangan sesuatu
degupnya kurasa
bayangnya ku tak nampak
rupanya 
 sesuatu itu tertinggal
di kamar hatimu

musalmah
dalam renai hujan malam
utara dan kedinginan 
july 2012 

Thursday, July 12, 2012

::walau sakit harus bangkit::


assalamualaikum dan salam penuh kasih sayang :)

Malam ni sy tido lewat.haha tu pun nak bgtau..kan?
motif??hehe takdalah..sy dah lama tak menulis...kat sini. :)
so mlm ni sy nak tulis dan nak share cerita sikit..
sikit je tak banyak :)
Cerita sy mungkin boring..tp sy tetap nak cerita.
cerita tentang hidup kita yg penuh pancaroba.
cerita tentang dunia yg penuh duri ranjau.
bila ckp tentang pancaroba.
bila ckp tentang duri ranjau..
mesti semak kepala ni membayangkan.
apalagi kalau kita tersungkur jatuh.
memang.....sakit.
sy sendiri pernah tersungkur bila terbelit dgn pancaroba dunia.
jatuh tertiarap.nak bangkit tu mmg payah.
ambil masa bertahun-tahun.
tapi sy tak pernah putus asa.
biarpun sakitnya hanya Allah Ta'ala yg tahu.
Bila kita rebah dlm hidup..
itu ertinya langkah kita yg salah.
Allah tu maha Pengasih..
Kerana tak nak kita terus tersalah langkah..
DIA rebahkan kita...
agar kita kembali sujud menghadapnya..
menadah tangan memohon petunjuk jalan kebaikan..
Biar apa juga ujian yg singgah bertandang
dlm hidup kita..
kita kena selalu ingat..
kita ada DIA..
DIA akan sentiasa mendengar segala rintihan kita..
DIA yg tak pernah jauh dari kita...
yg penting kita.
kita jgn pernah berputus asa.
jgn pernah berputus harap.

-----'<@

hati oktober berteman selimut kasih sipipimerah
selimut kasih yg masih kukuh terpahat di hati


july 2012 


Wednesday, July 11, 2012

::tiada tajuk::


tiada tajuk
kerana jiwa terjeruk
tidak tahu
apa yg dimahu
..sepi..
aku lihat luka itu berparut
dalam pekat malam yg melarut
..pedih..
itu apa yg aku rasa
saat parut kembali terluka
..sendu..
mata dipejam bersama rindu

hati oktober and the blue sky
jalan duku
bagan serai
perak
3:40 am

Monday, July 2, 2012

::luluh dan luruh::



salam.
sibuk dgn hidup dan kehidupan
sedar tak sedar ramadhan bakal tiba
ramadhan yg ke 28 dlm hidup saya insyaAllah.
semoga dpt bertemu ramadhan yg ke 28 ini.
sedar tak sedar jugak
ramadhan ini masuk ramadhan yg ke 7 tanpa dia.
dia yg telah pergi.
kepergian yg telah DIA takdirkan buat dia.
dia pulang kepada DIA.
kepulangan yg abadi buat insan di dunia.
rindu terlalu sarat.
rindu pada yg telah pergi
membuat hati luluh dan luruh.
teringat pertanyaan seorang teman
bertanyakan bagaimana perasaan bila kehilangan
org tersayang dgn sebab kematian...
sy hanya tersenyum payau.
dan berkata..
"hanya org yg melaluinya sahaja tahu bagaimana rasanya."
mereka yg pergi tinggalkan kita
bukan sbb mereka tak syg..
malah mungkin mereka lebih sygkan kita..
tapi syg ALLAH pada mereka lebih lagi..
itu pesan ibunda sy.
hidup pasangannya mati.
doa adalah jambatan antara keduanya.
biar luluh 
biar luruh
hati jiwa dan rasa
kematian adalah takdir yg telah tertulis
buat kita insan di dunia.


"and we have to live on.hilang seseorang dalam hidup
bukan alasan utk kita pun stop living.live a happy life.
for them."


-gitar  dipetik..melodinya sarat dgn kerinduan.-
hati oktober dan kenangan
july 2012


Sunday, May 13, 2012

::moga BONDA disayang ALLAH::



BONDA&AYAHANDA 
DI HARI BAHAGIA 35 TAHUN YG LALU :)



DALAM BANYAK-BANYAK GAMBAR
ENTAH KENAPA SAYA SANGAT SUKA GAMBAR MAK YG INI :)



mawar putih suci
seperti sucinya kasih sayangmu
kasihmu tak pernah pudar
sentiasa bersinar menerangi relung jiwaku
moga setiap saat dan waktu
bonda selalu disayangi ALLAH..
Amin




Wednesday, March 21, 2012

::Tulis kata Tulus kasih::

Aku tidak pandai menghakimi kalam lidah
Aku juga tidak pandai menafsir kata hati
Aku musafir yang hanya tahu menilai harga kasih
Aku hanya mahu menghargai setiap yang aku miliki
Sekali aku sentuh sampai akhir nyawa aku hargai..

hati oktober dan memori
utara dan kedinginan
21 Mac 2012