Friday, January 25, 2013

Seperti daun mati yang jatuh. Mati.



Jiwa mati
Rasa mati
Tiada lagi terasa pedihnya sebuah perasaan yang disakiti dengan pandangan penuh sangsi
Tiada lagi terasa sakitnya sebuah perasaan yang dilukai dengan jelingan penuh hina
Tiada lagi terasa peritnya sebuah perasaan yang digoresi dengan lidah penuh cela
Telah dimatikan jiwa itu
Telah dimatikan jua rasa itu
Airmata tak mengalir lagi dari kelopak
Airmata hanya jatuh di dalam
Pamerkanlah riak wajah seperti apapun
Tidak lagi aku peduli
Muntahkanlah kata penuh cela dan celaka
Tidak lagi aku kisahkan
Pena ku tetap menari riang
Jalan ku kian terang
Jiwa mati
Rasa mati
Mati untuk semuanya yang celaka.
Seperti daun mati yang jatuh.
Mati tanpa peduli.

Sal
Jalan duku
Berteman lampu jalan
250113



Friday, January 18, 2013

D.U.R.I


Duri

Kau duri!
Menusuk ke dalam setiap urat nadi
Perlahan-lahan agar tak sesiapa perasan
Kau duri!
Mencemar suci darah kami yang bersaudara
Meracun seluruh tubuh dia saudara yang ku cinta
Kau duri!
Merosak setia kasih dia saudara yang ku cinta
Membunuh segala manis kenangan kami bersama
Kau duri!
Merobek segenap hati kami yang bersaudara
Mengalirkan luka yang tak tertanggung
Kau duri!
Aku yang telah cuba kau matikan
Kini tetap hidup kerana cinta dan kasih ku pada dia saudara ku!
Kau duri! 
Akan aku pastikan kau binasa dengan pedang doa ku!
Akan datang waktunya kau duri merintih menyesali!

sal
180113
jalan duku