Friday, January 18, 2013

D.U.R.I


Duri

Kau duri!
Menusuk ke dalam setiap urat nadi
Perlahan-lahan agar tak sesiapa perasan
Kau duri!
Mencemar suci darah kami yang bersaudara
Meracun seluruh tubuh dia saudara yang ku cinta
Kau duri!
Merosak setia kasih dia saudara yang ku cinta
Membunuh segala manis kenangan kami bersama
Kau duri!
Merobek segenap hati kami yang bersaudara
Mengalirkan luka yang tak tertanggung
Kau duri!
Aku yang telah cuba kau matikan
Kini tetap hidup kerana cinta dan kasih ku pada dia saudara ku!
Kau duri! 
Akan aku pastikan kau binasa dengan pedang doa ku!
Akan datang waktunya kau duri merintih menyesali!

sal
180113
jalan duku



2 comments:

  1. Salam..visit here...btw u pencinta sastera?best bait bait ayt tu..if u say yes...same with me dear...suka berpuitis cm ni..hehe...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..thank u. Yup sy pencinta satera dan bahasa hehe sama lah kita ;)

      Delete