Wednesday, November 2, 2011

::sudah aku bilang::

kau tahu
aku ingin kau lihat itu
itu..hamparan lautan luas
itu..mentari senja di langit kirmizi
tapi bukan lautan yang aku ingin tunjukkan
bukan juga mentari senja ingin aku perlihatkan
tetapi aku ingin kau lihat damai
ya..damai
kau tahu
aku bukan seorang yang banyak bicara
biarpun dalam jiwa remuk lara
aku lebih banyak diam dan memendam
namun aku bukan pendendam
sudah aku bilang
kehendak manusia kita tak mampu halang
kerana hatinya tak mampu kita pegang
aku ingin benar kau tahu
hari ini mungkin kerana seseorang 
hati kita menjadi riang dan senang
tidak mustahil hari esok
kerananya jugalah hati kita menjadi walang
dan kerana itu
sudah aku bilang
carilah damai dalam sayang
walaupun diri jauh terbuang

-memori hati oktober-
02 nov 2011
permatang pauh


1 comment: