Saturday, March 9, 2013

Kerana ia sudah terlalu lama.

Lama.
Sangat lama.
Seorang aku memendam rasa.
Cedera.
Aku cedera jiwa.
Luka hati.
Duka derita tak mampu dimengerti
Lama.
Aku simpan segala perit nista manusia yang tak reti menghargai
Cukup lama.
Aku biarkan kepergian manusia itu meremuk setiap inci bahagia milik aku
Hancur berkecai segala yang terbina
Lama
Amat lama
Aku hidup dengan gelak tawa yang sengaja dibuat ada
Gelak tawa yang sekadar gelak tawa tiada makna
Hambar. Tawar.
Senyum nipis segaris sekadar menghiasi raut seorang nakal
Biar nampak cekal
Lama
Sudah lama aku begini
Terlalu lama
Kerana ia sudah terlalu lama
Aku putuskan untuk tidak lagi mempeduli
Kerana antara kita bertegur pun sudah tiada sudi
Dengar sini aku berteriak akan isi hati
Berhenti mempedulikan engkau
Seakan aku mengelar leherku dengan tajamnya pisau
Cukup sakit. Tak terperi.


Nota : Buat tatapan seorang kekanda.
Aku tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan
Menjadi seorang manusia yang sempurna memang tak mungkin aku mampu, krn aku manusia yang serba kekurangan.Selama 29 tahun usia ini..aku akui, aku tinggalkan engkau 5 tahun lamanya. Jika krn 5 tahun itu yang merubah engkau menjadi spt engkau yang sekarang..aku mahu kau tahu, 5 tahun itu juga mendera aku. Derita. Jika 5 tahun itu yang membuatkan kita renggang bagai tak mampu merapat lagi, aku mahu kau tahu. Aku tetap ada dalam dirimu. Darahmu adalah darahku.Jika krn 5 tahun itu membuatkan engkau seakan tidak mampu mengasihi aku..ingatkan kembali 24 tahun lalu siapakah aku dalam hatimu. 

sal
jendela dan lampu jalan
menahan retak agar tak terbelah
hari ke-sembilan dibulan mac
2013




No comments:

Post a Comment